Rasuah di Perak : Jangan ingat Pakatan Rakyat kebal!! Sila hormati undang-undang!
Apabila keluar sahaja berita tentang penahanan dua exco Perak hari ini atas tuduhan rasuah, saya terus menggeleng kepala. Tidak sampai beberapa saat saya sudah dapat menjangka kenyataan-kenyataan balas daripada pihak Pakatan Rakyat(Rosak) mengenai isu ini, terutama daripada Menteri Besar boneka, Nizar Jamaluddin. Mereka kata, kononnya ini semua adalah konspirasi daripada BN dan mereka tidak salah sedikit pun.
Begitulah mentaliti biul pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat. Bagi mereka, mereka sajalah yang betul dan bersih serba-serbi. Hinggakan polis, BPR dan juga mufti pun tidak boleh dipercayai lagi. Kalau begitu, mudah benarlah hidup ahli Pakatan Rakyat, buat apa pun dikira tidak bersalah. Saya pun hendak jadi ADUN Pakatan Rakyat kalau begitu. Tidak kiralah jika saya terlibat dalam rasuah, skandal seks dan juga liwat sekalipun, saya akan tetap mendapat sokongan membabi buta orang ramai dan saya tidak akan takut pada mahkamah. Seronoknya!!
Ingin saya ingatkan di sini, agar Pakatan Rakyat menghormati undang-undang. Jangan ingat pemimpin Pakatan Rakyat itu semuanya maksum. Pemilihan calon semasa pilihanraya tempohari juga main tangkap muat sahaja. Malah ada di antara saudara saya sendiri ditawarkan menjadi calon PKR kerana kawasan tersebut tidak ada calon yang mampu bertanding, tapi saudara saya itu tidak mahu. Mereka ini bernasib baik kerana semasa pilihanraya yang lepas, rakyat Malaysia memilih mereka kerana amat marah pada kerajaan Pak Lah yang banyak menyusahkan rakyat, bukannya kerana Pakatan Rakyat ini benar-benar bagus dan berkaliber.
Sudahlah hendak menjual hak anak bangsa sendiri, bila dah rasuah pun tak nak mengaku. Bila cakap di hadapan rakyat asyik tunjuk bagus. Konon nak bela nasib rakyat. Tapi sebenarnya sibuk menggadai maruah bangsa dan negara. Saya berharap agar rakyat yang memangkah Pakatan Rakyat ini mengambil pengajaran. Lain kali jangan emosional bila memilih pemimpin. Inilah yang dikatakan harapkan pagar, pagar makan padi!
September 18, 2008 at 4:15 pm
Sayang sekali UMN0 dah lupa yang awk lah kaki rasuah selama ni. Berebut jawatan ketua cawangan dan ketua kampong semata mata untuk dapat projek. Bila dh tk dpat peluang kerana BN kalah mulalah cari pasal menuduh orang lain rasuah. Ramai calun wakil rakyat yang menang dan kalah sedang mengeluh sekarang ni. Kerana duit dah banyak habis masa pilihan raya kerana menjadi tradisi UMNO , ada kerja ada gaji. dulu masa BN memerintah, dapat lah perojek dan tanah untuk menggantikan duit yang telah dibelanjakan. Tapi sekarang habuk pun tara. jadi sekarang ni mula naik sasau kerana duit advance yang telah di ambil dari towkay kena bayar balik sebab tak dapt nak bagi tanah yang dijanjikan.
October 15, 2008 at 11:10 pm
bukankah UMNO yang menjual jual nama Melayu?
bukankah UMNO yang menijak mijak bahasa ibunda?
bukankah UMNO yang terhegeh-hegeh berebut kuasa?
bukankah UMNO yang tersengih-sengih dengan rasuah tak tentu hala?
berfikirlah wahai sahabat
November 29, 2008 at 7:11 am
UMNO dulu, kini dan selamanya;
dilahirkan utk memerangi pembangkang yg bersifat ortodok melampau!
UMNO menyakini bhw;
pembangkang ortodok ini akan memanipulasi apa jua isu yg boleh memberi kesan kpd ngara!
Oleh itu;
UMNO akan terus releven dari dulu, kini dan selamanya..!
April 15, 2009 at 9:37 am
Hi There… Just looking around,
Your blog is very nice,
would you like link x change with me..?
May 2, 2009 at 5:22 am
Salam sejahtera.
kita rakyat malaysia mesti bersatu padu. Buat apa PAS pun kata nak bertanding. PKR pun nak bertanding.
Anwar perlu teliti kalau wakil mereka macam budak Fairuz itu lari dari tanggungjawab, siapa yang tanggungjawab? Kan rugi duit dan masa rakyat?
Fairus dengan angkuh sekarang kata dia tidak bersalah dan akan balik kat politik selepas balik dari melanjutkan pelajaran. Dan PKR setuju dan tepuk tangan!
Lepas itu, bila orang suruh SPR teliti cadangan kenakan penalti terhadap wakil rakyat yang berhenti tanpa sebab munasabah, geng Pakatan, seperti Lim Kit Siang dan Faris Musa (timblan AMK) kata Dato’ Mukhriz (timbalan menteri MITI) dan Tan Keng Liang (ketua pemuda gerakan kedah) yang keluarkan cadangan penalti terhadap orang yang tidak bertanggungjawab sebagai kenyataan daripada orang “tidak berakal”. Lihat kat:-
http://www.suarakeadilan.com/sk/berita-utama/2009/04/4408
http://blog.limkitsiang.com/2009/04/21/why-there-should-be-by-elections-in-the-three-state-assembly-seats-of-jelapang-behrang-and-changkat-jering-in-perak-and-the-parliamentary-seat-of-kulai/
August 28, 2009 at 10:21 am
PKR adalah tempat org yg tidak tahu sejarah dan tidak mahu menerima sejarah tentang asal usul dirinya..
PKR adalah tempat org ya tidak dapat mendapat apa yang dihajati semasa dia bersama umno.. maka beralih la dia..
PRK adalah tempat org yg hanya tau memecah belahkan, menghancurkan bangsa, merosakkan minda muda-mudi dan hanya tau bercakap..
sudah laa PKR saya org KLG dan saya tau segala masalah yang berlaku didalam parti kerana saya dikelilingi oleh Parti Kepada Rusuhan (PKR).. sudahla.. sedarla.. bangkit laa.. lihat disekeling anda.. apa yang berlaku.. bangsa kita kah yang berkuasa di tempat anda?? mana perginya bangsa kita??
UMNO adalah otak saya
UMNO adalah Jiwa saya
UMNO adalah hidupan saya
UMNO adalah bangsa saya
ISLAM adalah pegangan saya
UMNO ADALAH SAYA