Apabila keluar sahaja berita tentang penahanan dua exco Perak hari ini atas tuduhan rasuah, saya terus menggeleng kepala. Tidak sampai beberapa saat saya sudah dapat menjangka kenyataan-kenyataan balas daripada pihak Pakatan Rakyat(Rosak) mengenai isu ini, terutama daripada Menteri Besar boneka, Nizar Jamaluddin. Mereka kata, kononnya ini semua adalah konspirasi daripada BN dan mereka tidak salah sedikit pun.
Begitulah mentaliti biul pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat. Bagi mereka, mereka sajalah yang betul dan bersih serba-serbi. Hinggakan polis, BPR dan juga mufti pun tidak boleh dipercayai lagi. Kalau begitu, mudah benarlah hidup ahli Pakatan Rakyat, buat apa pun dikira tidak bersalah. Saya pun hendak jadi ADUN Pakatan Rakyat kalau begitu. Tidak kiralah jika saya terlibat dalam rasuah, skandal seks dan juga liwat sekalipun, saya akan tetap mendapat sokongan membabi buta orang ramai dan saya tidak akan takut pada mahkamah. Seronoknya!!
Ingin saya ingatkan di sini, agar Pakatan Rakyat menghormati undang-undang. Jangan ingat pemimpin Pakatan Rakyat itu semuanya maksum. Pemilihan calon semasa pilihanraya tempohari juga main tangkap muat sahaja. Malah ada di antara saudara saya sendiri ditawarkan menjadi calon PKR kerana kawasan tersebut tidak ada calon yang mampu bertanding, tapi saudara saya itu tidak mahu. Mereka ini bernasib baik kerana semasa pilihanraya yang lepas, rakyat Malaysia memilih mereka kerana amat marah pada kerajaan Pak Lah yang banyak menyusahkan rakyat, bukannya kerana Pakatan Rakyat ini benar-benar bagus dan berkaliber.
Sudahlah hendak menjual hak anak bangsa sendiri, bila dah rasuah pun tak nak mengaku. Bila cakap di hadapan rakyat asyik tunjuk bagus. Konon nak bela nasib rakyat. Tapi sebenarnya sibuk menggadai maruah bangsa dan negara. Saya berharap agar rakyat yang memangkah Pakatan Rakyat ini mengambil pengajaran. Lain kali jangan emosional bila memilih pemimpin. Inilah yang dikatakan harapkan pagar, pagar makan padi!
Komen Pelawat