Mukatamar PAS : Negara Islam Kembali Dilaungkan, Ikhlas Atau Tidak?

Saya mengikuti Muktamar PAS ke – 54 kali ini menerusi surat khabar – surat khabar utama di negara ini. Kalau nak diikutkan daripada laporan akhbar, ramai perwakilan terutama daripada sayap Dewan Pemuda yang “menegur” pucuk pimpinan PAS supaya kembali pada landasan perjuangan parti yang memperjuangkan Islam dan tidak dibuai dengan kekuasaan setelah menang banyak kerusi pada pilihanraya umum baru-baru ini.

Jika difikirkan daripada satu sudut, ianya menjadi satu titik permulaan yang baik kerana akhirnya pucuk pimpinan PAS sendiri menyedari bahawa akar umbi sebenarnya tidak merestui sangat penyertaan PAS ke dalam Pakatan Rakyat. Akar umbi sendiri menjadi bingung akan tindak tanduk pucuk pimpinan PAS yang seolah-olah menjadi agen utama propaganda politik parti-parti lain terutamanya menjadi perisai kepada Anwar Ibrahim dalam semua isu. Hinggakan ada perwakilan yang menegur kehairanan, mengapa lidah rasmi mereka, Harakah menggembar-gemburkan berita mengenai Anwar melebihi daripada Presiden mereka sendiri.

Dari sudut yang lain pula, saya berpendapat, tujuan para perwakilan PAS kali ini menegur secara lantang pucuk pimpinan parti mereka adalah semata-mata kerana hendak meredakan kemarahan ahli-ahli akar umbi PAS yang ternyata berasa keliru dan tertekan dengan tindak-tanduk pucuk pimpinan PAS yang semakin hari cakap tidak serupa bikin. Sekurang-kurangnya, ahli-ahli akar umbi dan juga para pengundi akan lega. Jika ini berlaku maka benarlah, PAS hanya mempergunakan agama sebagai alat politik. Musuh PAS hanyalah UMNO dan matlamat PAS hanyalah untuk menjatuhkan UMNO semata-mata.

Namun begitu, saya berdoa agar para perwakilan PAS kali ini benar-benar serius ingin pucuk pimpinan parti mengkaji semula penyertaan PAS di dalam Pakatan Rakyat. Bekerjasama dengan DAP yang bencikan Islam dan melayu amat mengelirukan kerana selama ini PAS melaung-laungkan slogan Negara Islam. Tapi hari ini slogan tersebut telah bertukar menjadi “Negara Berkebajikan”.

Advertisements
Explore posts in the same categories: Uncategorized

One Comment on “Mukatamar PAS : Negara Islam Kembali Dilaungkan, Ikhlas Atau Tidak?”

  1. dm Says:

    Pada saya, Pas memang tidak ikhlas lebih2 lagi sejak akhir2 ni. Paling saya terkilan ialah dulu NAziz panggil DSAAB raja babi di Selangor ni sebab banyak ladang babi. Sekarang bila TSKI luluskan ladang itu (dulu ketika TSKToyo memerintah. dia belom luluskan tempat ni) saya rasa sayu sangat. Dia pula dah ambil alih jadi ‘raja babi’. Sepatutnya kalau TSKI nak tunjukkan keikhlasan kepada orang2 melayu, bangsa dia juga, jangan luluskan ladang tu. Kerana nak ambil hati ‘geng cina’ dia tu, minah ‘teresa koh’ ni, dia luluskan juga projek tu. Saya cadangkan elok ladang babi tu buat di belakang rumah dia tidak pon buat belakang rumah NAziz. NAziz pandai cakap, di kelantan memadai buat di belakang rumah 2-3 ekor saja, wah senang, belom lagi kena JE di kelantan pandai lah cakap begini. Jadi sekarang apa jadi dengan orang2 kampong yang tinggal berhampiran dengan projek mega ni. Pindahkan mereka ke pulau ketam atau pindahkan orang2 cina ke sepang? Orang2 melayu semakin terpinggir, saya harap kerajaan BN, buka lah mata seluas2nya dan tak usah asyik tunjok diTV konon mereka sudah lakukan sesuatu mengenai hak2 orang2 melayu. Hak2 orang2 melayu di MSia ni tak banyak sebenarnya, saya berdoa semoga orang2 muda-muda, khalifah2 Islam bangun, bangun, bangun untok mempertahankan hak2 orang2 muslim melayu di MSia ni. Pas hanya tompang saja dengan PKR, lepas PKR naik, PAS akan kena nyah. Percayalah.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: