Permatang Pauh : Medan Menguji Kewarasan Melayu

Ketaatan Datuk Seri Dr Wan Azizah kepada suaminya nampaknya tidak dapat dinafikan lagi setelah “berbesar hati” mengosongkan kerusi parlimen yang dimenanginya di Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim bertanding di situ. Bagi saya tindakan Wan Azizah itu sedikit sebanyak menunjukkan bahawa beliau sebenarnya tidak serius untuk menjadi pemimpin rakyat, sebaliknya hanya berminat “membela” maruah suaminya sahaja.

Pada pilihanraya raya yang lepas, Wan Azizah telah memenangi kerusi Permatang Pauh dengan majoriti yang sangat selesa, iaitu lebih daripada 12,000, di mana telah menjadikan kerusi Permatang Pauh sebagai kerusi yang paling selamat untuk diberikan kepada Anwar Ibrahim dalam merintis laluannya ke parlimen.

Pilihanraya kecil yang bakal diadakan nanti, dijangka menjadi pertarungan sengit di antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Pertarungan ini juga menjadi pertarungan pertama PKR bertanding di atas label “Pakatan Rakyat”. Saya amat tertunggu-tunggu keputusan pilihanraya ini kerana ianya menjadi medan menguji kewarasan orang-orang melayu dalam membela nasib bangsanya sendiri.

Sejak akhir-akhir ini, kedaulatan melayu dan Islam banyak dicabar kerana kepimpinan lemah kerajaan Pak Lah. Majlis Peguam hari ini bagaikan anjing menyalak tanpa henti mempersoalkan kedaulatan Islam dan melayu di negara ini, dan Anwar Ibrahim tidak pernah bertindak mempersoalkan tindakan mereka itu.

Slogan “ketuanan rakyat” yang dilaungkan Anwar, menafikan hak “ketuanan melayu” yang selama ini tidak pernah dipersoalkan oleh sesiapa. Anwar yang merupakan seorang yang populist dan hipokrit itu secara tiba-tiba menjadi “hero” dalam memperjuangkan kesamarataan kaum, walhal sewaktu berada di dalam UMNO dahulu, beliau dilihat pula sebagai pejuang melayu sejati.

Pendapat peribadi saya, BN memang sukar untuk memecah tembok kukuh PKR di Permatang Pauh berdasarkan prestasi lemah pucuk pimpinan BN sendiri. Anwar sendiri, mempunyai misi peribadi yang amat penting dalam membina semula reputasinya selepas kes liwat episod kedua baru – baru ini. Dengan bijak, Anwar telah menggunakan pendekatan psikologinya kepada bakal pengundi Permatang Pauh dengan mengatakan pengundi-pengundi di situ mempunyai “tugas negara” yang amat penting dalam menentukan pentadbiran negara. Pengundi di Permatang Pauh telah dimomokkan secara melampau dengan cerita keburukan dan kekejian kerajaan dengan isu rasuah dan juga kronisme.

Bagi BN pula, saya tidak nampak kepentingan perlunya BN berjuang bermati-matian dalam pihnraya kecil ini. Jika BN menang, Anwar akan menuduh SPR tidak telus, kemudiannya, penyokongnya di seluruh negara akan mengamuk sakan dan bertambah simpati kepadanya dan jika BN kalah pula, Anwar akan berteriak mengatakan bahawa, rakyat bertambah yakin kepadanya. Pilihanraya kecil ini tidak lebih daripada sekadar permainan politik Anwar sahaja. Pilihanraya ini medan ujian peribadi Anwar. Anwar tidak akan rugi apa-apa samada beliau menang atau kalah.

Persoalannya, sebagai pengundi, adakah orang melayu Permatang Pauh sanggup menggadaikan maruah dan nasib bangsa demi semata-mata terpesona dengan kepetahan pidato Anwar? Kelak, jika orang melayu telah kehilangan hak dan kuasa, hidup merempat, adakah Anwar akan datang memberi makan kepada keturunan kita? Bagaimana pula dengan biasiswa pelajaran orang melayu, pembiayaan perniagaan dan juga sibsidi lain bumiputera yang bakal lesap bila “ketuanan rakyat” benar-benar diguna pakai? Adakah Anwar akan kisah? Tepuk dada, tanyalah akal..

Advertisements
Explore posts in the same categories: Umum

3 Comments on “Permatang Pauh : Medan Menguji Kewarasan Melayu”

  1. AloQStaQ Says:

    Saya tertarik dengan pendapat saudara UMNOMUDA,

    Bagi BN pula, saya tidak nampak kepentingan perlunya BN berjuang bermati-matian dalam pihnraya kecil ini. Jika BN menang, Anwar akan menuduh SPR tidak telus, kemudiannya, penyokongnya di seluruh negara akan mengamuk sakan dan bertambah simpati kepadanya dan jika BN kalah pula, Anwar akan berteriak mengatakan bahawa, rakyat bertambah yakin kepadanya. Pilihanraya kecil ini tidak lebih daripada sekadar permainan politik Anwar sahaja.

    Tapi, bagi saya Kerajaan AbDolah PATUT berusaha sedaya upaya untuk menang di Permatang Pauh ni untuk elakkan haru biru dalam Parlimen sementara Jun 2010! AbDolah seolah-olah macam nak lepas tangan untuk membiarkan Anwar menang mudah … sepatutnya, AbDolah yang kini hampir lingkup tu, menunjukkan prestasi melawan dengan sepenuh kederatnya demi memastikan Anwar tidak masuk parlimen! … Apapun, kita sebagai orang bawah, hanya boleh sekadar memerhatikan kedunguan AbDolah menentang Kejahatan Anwar … eloklah tu … DUNGU vs JAHAT = LINGKUP NEGARA ……….

    AloQStaQ
    http://AloQStaQblog.blogspot.com

  2. mamadi Says:

    Salam,
    Komen yang baik dan harap orang2 Anuar Ibrahim mrmbaca dan memahami bahawa dia adalah hipokrit!!!!

  3. Kancil Turbo Says:

    Salam,

    Kenapalah pemikiran org² PAS & PKR ni tak begitu terbuka??
    Pemikiran dorg ni terlalu sempit. Apa yg Anwar katakan mst dianggap betol & ikot sje tanpa berfikir byk..

    WTF~


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: