Harga Minyak Dunia Turun Lagi…

Sumber : http://www.bharian.com.my

HARGA minyak mentah dunia jatuh ke bawah AS$120 setong semalam, iaitu buat pertama kali sejak Mei, berikutan penurunan permintaan tenaga di Amerika Syarikat (AS).

Ini sekali gus mendorong kejatuhan harga minyak sawit mentah (MSM), seterusnya memberi kesan kepada prestasi di Bursa Malaysia apabila penurunan harga komoditi utama negara itu menyebabkan penjualan dalam saham syarikat perladangan.

Dalam urus niaga elektronik di London, semalam, kontrak hadapan minyak mentah Brent North Sea bagi penghantaran September jatuh AS$2.14 kepada AS$118.54 setong.

Kontrak utama New York bagi minyak mentah bermutu ‘light sweet’ untuk penghantaran September pula susut AS$2.28 setong kepada AS$119.13 setong.

Ini adalah penurunan kira-kira AS$28 berbanding paras tertingginya, AS$147.27 setong yang dicatatkan pada 11 Julai lalu.

Berikutan kelemahan harga minyak mentah itu, harga MSM terus jatuh untuk mencecah paras paling rendah dalam tempoh sembilan bulan semalam.

Pada penutup dagangan di Bursa Malaysia Derivatives semalam, harga kontrak hadapan MSM bagi penghantaran Oktober jatuh RM140 untuk ditutup pada RM2,750 setan.

Selain penurunan harga minyak mentah, kejatuhan harga MSM itu turut disebabkan stok MSM dalam negara yang tinggi dan kejatuhan harga minyak pesaingnya, soya.

Kejatuhan berterusan harga MSM daripada paras tertingginya RM4,330 setan pada Mac lalu itu telah memberikan kesan kepada harga saham syarikat perladangan di Bursa Malaysia.

Kegiatan menjual saham perladangan susulan tinjauan lemah harga MSM telah mendorong kejatuhan Indeks Perladangan yang jatuh 354.05 mata atau 5.65 peratus kepada 5,909.44 mata semalam.

Ini seterusnya memberikan kesan kepada pasaran saham tempatan secara keseluruhan dengan menyaksikan penanda aras utama Bursa Malaysia, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) menjunam 19.82 mata atau 1.73 peratus untuk ditutup pada 1,128.86 mata semalam.

Komen saya :

Negara bakal menghadapi satu lagi keputusan “flip-flop” kerajaan Pak Lah.  Sepatutnya sebagai Perdana Menteri yang berpandangan jauh, beliau sepatutnya sudah menjangka akan penurunan harga minyak dunia ketika ini dan tidak sepatutnya menggelabah menaikkan harga minyak tempatan secara mendadak tempoh hari.

Keputusan beliau untuk negara kita mengikut harga minyak dunia semasa dengan alasan untuk menstabilkan harga barang adalah tidak munasabah sama sekali.  Mana mungkin harga barang akan stabil jika harga minyak juga tidak pernah stabil.  Sudah semestinya harga barang juga akan terdedah dengan spekulasi dan harga barang-barang keperluan mungkin dinaikkan ke tahap tertinggi oleh para peniaga.

Ini hanya pandangan saya,  siapalah saya…

Advertisements
Explore posts in the same categories: Uncategorized

7 Comments on “Harga Minyak Dunia Turun Lagi…”


  1. Flip-flop…flip-flop…flip-flop….

  2. Awang Says:

    Pergilah MAMPUS orang umno dan pak-lah-bodoh menyusahkan rakyat saje dgn menaikan harga minyak yg mendadak. BODOH PUNYA KERAJAAN DAN UMNO. PERGILAH MAMPUS DAN JAHANAM KAMU TIPU DUIT RAKYAT YANG MISKIN. PADAN MUKA


  3. Melayu mati kalau terus sokong UMNO,

    Pekara paling teruk pernah berlaku kat kaum melayu adalah UMNO

  4. AbangTuah Says:

    Salam..

    Heran lihat melayu jadi bangsa hina…kacang lupakan kulit. Umpama haiwan anjing yang mengigit tangan tuan yang memberikan makan.Juga umpama haiwan anjing yang tersepit mengigit pula betis orang yang melepaskannya dari tersepit.Wal hal anjing-anjing tadi hanya diupah seketul tulang yang tak berdaging oleh tuannya..PR..kehkehkeh..

  5. nenek Says:

    Minyak dunia dah turun. Negara kita belum lagi. nak naik laju ja. nak turun kaji 5 6 kali. susah kalau ada kepentingan diri sendiri. inilah akibatnya…

  6. mastajoe Says:

    Pada awal tahun 2008 Pak Lah janji minyak akan dinaikkan pada bulan September . Tetapi oleh sebab sifatnya yang suka flip-flop beliau naikkan harga minyak secara tiba-tiba dan mendadak .Semua barang keperluan lain turut naik hingga membebankan rakyat seluruhnya kecuali MB dan Exco Trengganu sahaja. Mereka ada telaga minyak sendiri di perairan Kerteh . Mereka mampu beli 2 dozen Kompressor sedangkan rakyat menjual kereta mercedes yang mereka miliki .
    Kalau dulu Pak Lah tidak bersifat flip-flop sudah tentu kita tidak hidup menderita kerana wang di tangan sudah hilang kuasa beli .Sekarang harga minyak mentah sudah turun ,apakah Pak Lah nak turunkan harga minyak ,harga makanan , harga pengangkutan dan lein-lain barang keperluan dan juga menaikkan harga saham-saham yang jatuh menjunam sejak dua tahun lepas .
    Dulu masa mula-mula mewarisi tampuk pemerintahan Pak Lah mencari Imam Ghazali .Sudah ketemu atau belum ? Kalau belum janganlah terlalu banyak tidur .Tidurlah jam 11 /12 malam dan bangun sebelum sahur untuk bermunajat kepada Allah semoga Allah(SWT) memberi petunjuk dan membantu menyelesaikan berbagai masalah yang Pak Lah lakukan .Kurangkan bebanan rakyat supaya tidak terasa sangat kesengsaraan yang mereka alami akibat sifat flit-flop Pak Lah . Kalaulah Pak Lah dapat menurunkan sedikit harga minyak , saya tak yakin yang barang-barang lain dapat diturunkan harganya . Tetapi kita rakyat akan berterima kasih kepada Pak Lah dan ahli kabinet pembodek sekiranya harga minya dapat diturunkan .
    Sebagai seorang Islam yang dulunya dikenali sebagai Mr Clean , sanggupkah Pak Lah meninggalkan jawatan utama ini sebagai musuh rakyat ?Pak Lah akan dicaci oleh anak cucu kita sebagai pemimpin yang tidak mengenang budi dan tidak mampu melaksanakan kepercayaan rakyat . Sebelum 2010 Pak Lah perlu berbuat sesuatu diluar dugaan untuk mengembalikan title Mr Clean yang juga penuh berjasa kepada negara sebagaimana 4 Perdana Menteri yang lepas-lepas. Biarlah kalau tak mampu lakukan sesuatu sebesar dan setanding Tun Mahathir dan YTM Tewngku tetapi biarlah ada sedikit yang boleh kita banggakan di hari kemudian.
    Sebagai rakyat yang beragama Islam adalah menjadi kewajipan saya menujukkkan kesilapan yang Pak Lah lakukan kerana semua kesilapan yang dilakukan ,Pak Lah masih ada masa untuk perbetulkan dan bertaubat kepada Allah . Semoga kita sama-sama mendapat barokah daripada Allah (SWT)

  7. cubitsikit Says:

    Cuba tengok dalam world news di TV, mereka ada beritahu mengenai hal kenaikan minyak seluruh dunia. Bukan aje dinegara kita aje, pandaiiii…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: