Muzakarah : Terharu dengan sikap sesetengah pemimpin PAS

Walaupun saya memilih UMNO sebagai wadah perjuangan agama dan bangsa, namun saya tidak dapat nafikan yang saya sendiri berasa terharu di atas kesanggupan sesetengah pemimpin PAS yang mengenepikan ideologi politik demi berbincang dengan UMNO tentang kedaulatan agama Islam dan bangsa Melayu di bumi Malaysia ini.

Apabila menonton Buletin Utama TV3 sebentar tadi, terdapat rakaman pemimpin-pemimpin tertinggi PAS selepas bermesyuarat, memberikan komen tentang perkara ini. Walaupun Muzakarah ini mungkin tidak menjadi kenyataan, namun saya tabik pemimpin-pemimpin PAS ini kerana sekurang-kurangnya sanggup untuk berbincang tentang perkara itu.

Mungkin juga, pemimpin-pemimpin PAS ini perlahan-lahan telah sedar bahawa penyertaan mereka di dalam Pakatan Rakyat tidak akan dapat membantu mereka mencapai matlamat perjuangan parti PAS selama ini. PAS diperalatkan sesuka hati oleh PKR dan DAP. Seperti kata Presidennya, ahli PAS lah yang sebenarnya paling kuat bekerja ketika pilihanraya lalu, bukannya ahli PKR dan DAP. Bagi saya kata-kata itu ada kebenarannya, jika dilihat senario kempen pilihanraya lalu, memang saya lihat ahli-ahli PAS ini bersungguh-sungguh berkempen tanpa mengharapkan bayaran sesen pun. Ini semua kerana mereka benar-benar mempercayai ketulenan perjuangan parti mereka yang mana akhirnya berasa tertipu setelah menyedari bahawa PAS sebenarnya hanya diperkudakan oleh DAP dan juga PKR.

Saya tahu, ramai ahli PAS sendiri yang berasa janggal apabila PAS mengumumkan bakal bekerjasama dengan DAP laknat. Namun, sikap ahli PAS tidak seperti ahli UMNO. Ahli PAS sudah dididik oleh pemimpinnya supaya sentiasa menerima setiap tindakan pemimpinnya tanpa banyak soal. Oleh itu mereka ini mendiamkan diri dan memendam perasaan.

Pendapat peribadi saya, adalah elok jika PAS mengkaji secara serius penyertaan parti itu di dalam Pakatan Rakyat kerana Pakatan Rakyat bukanlah platform yang sesuai untuk PAS untuk memperjuangkan Islam. Logikkah jika PAS memperjuangkan Islam tetapi pada masa yang sama, rakan mereka di dalam pakatan itu berterusan menghina Islam. Pendapat saya ini bukanlah bertujuan untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat, tetapi pandangan ikhlas dari hati ini setelah sedih melihat golongan melayu yang digelar “ulamak” dipermain-mainkan oleh DAP laknat. PAS masih lagi diperlukan oleh orang-orang melayu sebagai pengimbang sosio-politik melayu hari ini. Namun sebagai parti tunggal yang tidak terikat dengan mana-mana pakatan yang ahlinya sangat fobia bila mendengar perkataan “Negara Islam”.

Advertisements
Explore posts in the same categories: Umum

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: