Bila Saiful Bersumpah….
Apabila menonton sumpah Saiful semalam di Buletin Utama, saya sendiri menggeletar mendengar ayat-ayat sumpah Saiful yang sanggup dirinya dilaknat oleh Allah S.W.T sehingga hari kiamat sekiranya dia berdusta. Bagi diri saya sendiri, sekiranya Anwar Ibrahim gagal melakukan perkara yang sama seperti Saiful, maka saya akan menganggap Saiful berada di pihak yang benar.
Apabila saya meninjau komen-komen rakyat Malaysia di alam cyber, rata-rata orang melayu mula meragui kebenaran Anwar Ibrahim. Cuma orang-orang bukan Islam sahaja yang meragui 100% ketulenan sumpah Saiful tersebut kerana mengaitkan kononnya Saiful telah menerima RM jutaan ringgit dan menganggap sumpah laknat Saiful itu tidak boleh dipercayai.
Contoh komen bukan Islam yang saya baca (lebih kurang begini) :-
” What is so great even if he swore in the name of god? Cannot determine the truth what? Anybody also can swear like that!”
“Ala…kalau dah kena bayar berjuta-juta saya pun sanggup sumpah depan kitab agama. Samalah macam buat confession pada paderi”
Bagi saya keraguan ini adalah kerana kecetekan kefahaman orang bukan Islam tentang kekuatan kepercayaan dan pegangan penganut agama Islam. Ingin saya tegaskan di sini, bahawa, orang Islam tidak sewenang-wenangnya bersumpah atas nama tuhan dan sanggup dirinya dilaknati Allah S.W.T. Biar berjuta ringgit sekalipun dibayar, namun untuk bersumpah laknat, membiarkan dirinya dilaknati hingga hari kiamat, adalah tidak mungkin sama sekali walau sejahat mana pun orang itu.
Itulah bezanya orang Islam dengan bukan Islam. Pegangan penganut Islam amat kukuh dan tidak adil jika dibandingkan sumpah laknat dengan “confession” di gereja di hadapan paderi. Saya sebagai pihak yang mendengar sahaja pun hampir menggeletar seluruh badan, inikan pula pihak yang bersumpah itu.
Oleh itu, saya juga ingin mencabar Anwar Ibrahim supaya melakukan sumpah laknat ini dan seperti kata Mufti Perlis, kita tengok siapa yang kena laknat selepas itu!
August 17, 2008 at 1:15 pm
semoga allah selamatkan kita drpd manusia manusia seperti anwar ibrahim
October 24, 2008 at 8:47 am
Salam
Seharusnya saya juga turut berpendapat bahawa Saiful harus cukup bijak untuk menimbangkan perlakuan bersumpah atas nama Allah yang mana perkara dilaknat sampai ke hari akhirat merupakan perkara yang terlalu berat, malah antara paling berat hukumannya di dunia, apatah lagi di akhirat..apalah ertinya hidup di dunia ini jika tidak mendapat sekelumit rahmat dari Ilahi..lebih baik mati menjadi makanan cacing..
Sebagai seorang Muslim beragama Islam & mempercayai ISlam, saya menaruh keyakinan bahawa Saiful berada di pihak benar dengan bersandarkan sumpah laknat yang dilafazkan beliau..sekiranya ada perkara terselindung, maka itu di luar kemampuan saya sebagai manusia yang amat lemah di sisiNya..wassalam